Tuesday, January 9, 2018

BISNES: 'Lada Mesin' Aming Dapat Sambutan

Oleh Aminudin Ismail


Bermula dengan hanya memasarkan produk cili giling seorang rakannya, seorang peniaga kini mampu menghasilkan produk cili giling sendiri yang diusahakan sejak setahun lalu.

Ahmad Aziz Hassan, 46 atau lebih dikenali dengan panggilan Aming kini memasarkan cili giling itu di gerai perniagaannya di Pasar Payang, Kuala Terengganu.
Selain itu, dia juga meletakkan di beberapa kedai runcit di sekitar Kuala Terengganu.
"Alhamdulillah, selepas setahun mengusahakan lada mesin (cili giling) ini, sambutan daripada pembeli amat baik malah ketika ini permintaannya semakin meningkat.
"Produk ini saya buat di rumah di Banggol Peradong dengan diurus oleh isteri Norlita Mohd Nor, 37 dan tiga pembantu.
















"Sekarang pengeluaran lada mesin saya sekitar 5 hingga 6 guni seminggu dengan modal sekitar RM500
"Saya menjual dengan harga RM9 sebeg yang mengandungi 5 bekas kecil. Harga satu bekas kecil ialah RM2.00 dengan berat 450 gram," katanya mengenai produk berjenama 'Laderbo' itu.
Aming berkata, permintaan cili gilingnya akan meningkat pada musim cuti persekolahan dan cuti am.


"Saya bercita-cita mahu mengembangkan lagi perniagaan lada mesin ini terutama untuk pasaran di beberapa pasar raya dan kedai runcit di seluruh negeri sebelum memperluaskan ke negeri lain," katanya.
Selain menjual lada giling, gerai Aming juga menjadi pilihan orang ramai untuk mendapat cili kering, bawang dan ikan masin serta beberapa keperluan dapur yang lain.




No comments:

Post a Comment